Objektif Utama
Kemahiran reka bentuk digital dan robotik bukan lagi pilihan, tetapi keperluan asas. Pendedahan awal melahirkan generasi inovatif seiras dengan agenda pendidikan digital negeri Selangor.
psychology
Inovasi
Pendedahan praktikal reka bentuk & binaan robot.
groups
Kolaborasi
Pemupukan pemikiran kritikal & penyelasaian masalah.
precision_manufacturing
Kemahiran Tekno
Peningkatan minat dalam bidang STEM & teknologi 3D
Format Penyertaan
Syarat Kelayakan
01
GURU
+
02
PELAJAR
warning
Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu(1) pasukan sahaja.
Terbuka kepada semua Sekolah Menengah di Malaysia untuk edisi 2026.
gavel PERATURAN PERTANDINGAN
- i. Pasukan akan dipecahkan dalam kumpulan secara undian.
- ii. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.
- iii. Penentuan 2 pasukan kumpulan berdasarkan:
-
i. Jumlah kutipan mata tertinggi.ii. Jika kutipan mata sama, jumlah jaringan gol terbanyak.iii. Jika jaringan gol sama, perbezaan jaringan gol-bolos.iv. Jika jumlah jaringan gol-bolos sama, sepakan penalti akan dibuat bermula dari tengah gelanggang.
Spesifikasi Robot
TEKNIKAL SPECS
KATEGORI2 vs 2
Dimensi Maksimum
10cm x 10cm
Berat Maksimum
500g (termasuk bateri)
Voltan Bateri
MAX 12V
KAWALAN ROBOT
KAWALAN JAUH TANPA WAYAR (BLUETOOTH)
*Semua robot akan melalui sesi 'Inspection' sebelum pertandingan bermula.
Konsep & Peraturan Pertandingan
settings_remote
Konsep Pertandingan
Menyelelesaikan tugas menjaringkan gol sebanyak mungkin mengikut masa yang ditetapkan dengan menggerakkan robot secara kawalan jauh sepenuhnya.
Butiran Perlawanan
looks_two
2 Pusingan
timer
3 Minit / Pusingan
coffee
1 Minit Rehat
Pengiraan Mata
3
MENANG
1
SERI
0
KALAH
Peraturan Tambahan
1 minit timeout untuk kerosakan (had 1 kali).
report Pembatalan
- ● No-show selepas 5 minit
- ● Pelanggaran spesifikasi
- ● Tingkah laku tidak beretika / kekerasan
- ● Kerosakan sengaja kepada pihak lawan
Soalan Lazim (FAQ)
Dimanakah had kawasan operator perlu berada sewaktu pertandingan berlangsung? expand_more
Operator hanya dihadkan berada di kawasan robot pasukan sendiri sahaja dan operator tidak boleh melepasi kawasan pihak lawan.
Adakah saya perlu mengeluarkan robot jika robot itu rosak? expand_more
Sekiranya robot mengalami kerosakan, timeout 1 minit diberikan kepada pasukan. Satu pasukan terhad hanya satu kali timeout sepanjang perlawanan Berlangsung.
Adakah robot boleh memegang/menyimpan bola? expand_more
Robot tidak dibenarkan menyimpan/memegang/meletakkan bola dalam badan robot melebihi 5 saat sama ada dalam keadaan bergerak atau tidak. Sekiranya berlaku, free ball akan diberikan kepada pihak lawan. Pengadil akan meletakkan bola di titik free ball yang paling hampir sewaktu berlaku kejadian tersebut.
Bolehkah pemain menolak bola dan lawan pada masa yang sama? expand_more
Ia dibenarkan sekiranya ada robot sedang memegang/mengawal/merebut bola, namun sekiranya robot yang menolak pihak lawan tanpa sebab, pengadil akan memberikan amaran. Kegagalan mematuhi arahan atau amaran, pengadil boleh mengambil tindakan membatalkan perlawanan dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.
Bolehkah robot mempunyai 2 kaki untuk menendang bola? Sebagai contoh, ia boleh menendang bola dari belakang dan depan. expand_more
Boleh. Selagi dimensi robot apabila dipanjangkan / dibuka / dikembangkan / diluaskan / dilanjutkan tidak melebihi saiz maksimum robot.
Untuk sepak mula, adakah robot yang mengambil sepakan boleh terus menjaringkan gol? expand_more
Tidak boleh. Robot perlu membuat hantaran terus kepada rakan sepasukan terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya membuat satu sentuhan kepada bola.
Apa yang terjadi jika bola terkeluar dari gelanggang? expand_more
Free ball. Bola akan diberikan hak kepada pihak lawan.